Pemandangan dari bawah Gunung Nenek Semukut....
Gunung Nenek Semukut merupakan puncak berkembar, bersama Gunung Batu Simau yang terletak di bahagian selatan pulau Tioman, Malaysia. Berhampirannya terletak Kampung Mukut.
Menurut kisah dogeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina ) meninggalkan tasik chini ke laut melalui sungai pahang. Dalam perjalanan ,naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Menurut cerita,naga ini tidak boleh mendengar ayam berkokok kerana itu merupakan pantang larang yang perlu di patuhi.
Oleh sebab melanggar pantang,naga betina bertukar menjadi pulau yang diberi nama pulau tioman. Di pulau tioman terdapat kampung yang mempunyai tanduk naga iaitu Kampung Mukut dan di beri nama Gunung Nenek Semukut. Sementara naga jantan berubah menjadi pulau iaitu di beri nama Gunung Daik ( bercabang tiga). Jadi begitulah serba sedikit mengenai sejarah pulau tioman. Sekiranya, bertandang atau melancong ke pulau tioman, jangan malu dan segan untuk berkongsi cerita dengan penduduk kampung di sana.