Sunday 17 November 2013

JETI DAN AKTIVITI MENARIK DI KG.MUKUT






Setelah sampai ke kampung mukut, kita akan turun ke destinasi seperti mana yang saya nyatakan ialah jeti penumpang (gambar di atas) cantik bukan? Pada setiap malam jeti ini akan dipenuhi oleh penduduk kampung,pelancong-pelancong yang gemar melakukan aktiviti memancing.

Nak tahu ikan apa yang dapat?belum cuba belum tahu kan, semua pelancong bebas nak memancing dari pukul berapa sampai ke tengah malam. Yang penting jaga keselamatan diri, jangan terkena mata kail.

Aktiviti lain yang boleh di lakukan juga, pelancong juga boleh berenang di kawasan jeti ini, di sini banyak khazanah alam yang tumbuh seperti batu karang,kerang gergasi,timun laut, landak laut, kalau dah berkenan sangat ape lagi ‘booking’ la cepat-cepat ya. Memang rugi yang xdapat melakukan aktiviti seperti ini. Sangat seronok....





Sesiapa yang berminat dengan aktiviti memancing, outing (snorkerling + taman laut), anda boleh menaiki bot seperti mana di dalam gambar di atas. Selain itu, sekiranya pelacong ingin memancing di kawasan yang lain, anda boleh meminta pemandu bot membawa ke mana sahaja tempat yang anda ingin pergi..

Sekiranya, pemancing-pemancing mabuk ketika di laut, anda boleh tidur di dalam bot ini. Nampak tak bahagian dalamnya? Ha di situlah tempat pemancing ingin melelapkan mata.


Jangan lepaskan peluang ini, bila lagi nak lepas kan gian kaki pancing-kaki pancing anda?kalau dah pergi memancing memang tak ingat dunia kan.. bawak balik ikam merah,sotong, uihh sedap kan. Terliur saya mendengarnya.









No comments:

Post a Comment