Sunday 17 November 2013

Kisah Gunung Nenek Semukut


                            Pemandangan dari bawah Gunung Nenek Semukut....


Gunung Nenek Semukut merupakan puncak berkembar, bersama Gunung Batu Simau yang terletak di bahagian selatan pulau Tioman, Malaysia. Berhampirannya terletak Kampung Mukut.

Menurut kisah dogeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina ) meninggalkan tasik chini ke laut melalui sungai pahang. Dalam perjalanan ,naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Menurut cerita,naga ini tidak boleh mendengar ayam berkokok kerana itu merupakan pantang larang yang perlu di patuhi. 

Oleh sebab melanggar pantang,naga betina bertukar menjadi pulau yang diberi nama pulau tioman. Di pulau tioman terdapat kampung yang mempunyai tanduk naga iaitu Kampung Mukut dan di beri nama Gunung Nenek Semukut. Sementara naga jantan berubah menjadi pulau iaitu di beri nama Gunung Daik ( bercabang tiga). Jadi begitulah serba sedikit mengenai sejarah pulau tioman. Sekiranya, bertandang atau melancong ke pulau tioman, jangan malu dan segan untuk berkongsi cerita dengan penduduk kampung di sana.

JETI DAN AKTIVITI MENARIK DI KG.MUKUT






Setelah sampai ke kampung mukut, kita akan turun ke destinasi seperti mana yang saya nyatakan ialah jeti penumpang (gambar di atas) cantik bukan? Pada setiap malam jeti ini akan dipenuhi oleh penduduk kampung,pelancong-pelancong yang gemar melakukan aktiviti memancing.

Nak tahu ikan apa yang dapat?belum cuba belum tahu kan, semua pelancong bebas nak memancing dari pukul berapa sampai ke tengah malam. Yang penting jaga keselamatan diri, jangan terkena mata kail.

Aktiviti lain yang boleh di lakukan juga, pelancong juga boleh berenang di kawasan jeti ini, di sini banyak khazanah alam yang tumbuh seperti batu karang,kerang gergasi,timun laut, landak laut, kalau dah berkenan sangat ape lagi ‘booking’ la cepat-cepat ya. Memang rugi yang xdapat melakukan aktiviti seperti ini. Sangat seronok....





Sesiapa yang berminat dengan aktiviti memancing, outing (snorkerling + taman laut), anda boleh menaiki bot seperti mana di dalam gambar di atas. Selain itu, sekiranya pelacong ingin memancing di kawasan yang lain, anda boleh meminta pemandu bot membawa ke mana sahaja tempat yang anda ingin pergi..

Sekiranya, pemancing-pemancing mabuk ketika di laut, anda boleh tidur di dalam bot ini. Nampak tak bahagian dalamnya? Ha di situlah tempat pemancing ingin melelapkan mata.


Jangan lepaskan peluang ini, bila lagi nak lepas kan gian kaki pancing-kaki pancing anda?kalau dah pergi memancing memang tak ingat dunia kan.. bawak balik ikam merah,sotong, uihh sedap kan. Terliur saya mendengarnya.









Jom kita melancong di Kampung Mukut,Pulau Tioman .. :)


Assalamualaikum....


Jika anda ingin berehat bersama keluarga anda dijemput ke Pulau Tioman. Di Pulau Tioman Anda boleh bermalam di Kampung Tekek , Kg. Air Batang, Kg. Salang, Kg. Juara, Kg. Mukut, Kg. Nipah, Kg. Genting dan Kampung Paya. 



Kesemua kampung yang tercatat diatas saya mencadangkan anda bermalamlah dahulu di Kampung Juara atau Kg.Mukut di Kampung Juara sewa Chaletnya tidak melebihi RM100.00 di tepi pantai yang cantik.Kg. Mukut pula satu kampung Tradisonal yang masih utuh dengan kemelayuan, pantainya berbatu dan sedikit pasir.Kampung Nipah pantainya tidak besar tetapi sesuai bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan manusia dan kenderaan.Pusat membeli belah bebas cukai di Kg. Tekek perjalanan ke Kg. Tekek melalui Jeti Tg. Gemok. Feri pertama pagi dan feri akan balik ke Tg. Gemok dan sampai lebih kurang pukul 6.00ptg . itu saja perkhidmatan di Negeri Pahang. Pintu masuk kedua di Mersing Johor.

                                     
Berlepas dari Jeti Mersing dengan menaiki feri Blue Water





Sepanjang perjalanan ke Kg.Mukut kita boleh melihat keindahan alam yang cantik dan menghirup udara yang segar....




batu tanda Mukut Harmoni Resort



                                            salah satu chalet yg terletak di Kg.Murut